Saturday, August 15, 2009

Weekend..already?



Hello there.Please pardon my absence..hehe..baru berapa entry dah start slowing down..hahaha..really not a narrator..i've told u so :p

Minggu ni berlalu cepat sangat.Dont know what i have achieved,sedar2 ja dah jumaat.Anyway, next week insyaallah kalau panjang umur we will be entering Ramadhan.Here is a checklist of Ramadhan i've received & would like to share with all of u..

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

& oh ya..to those who knows me, ampun dan maaf dipinta jika ada terguris hati, tersilap kata..(wow,rasa macam practice utk ucapan sampaikan salam kat tv3 plk..hehehe).Semoga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan Ramadhan & selamat menjalani ibadah puasa ya..daaa

1 comment:

  1. semoga Ramadhan kali ini kita dapat buat lebih baik...plan to start bringing Aliah for tarawih. wish me luck ;)

    * dulu bwk dlm perut, ok je :p

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin